Tuesday, March 1, 2011

Everything .

Orang kata tak elok kalau kita selalu berangan . Nanti jadi macam angan - angan Mat Jenin je . Tapi ada orang kata berangan tu satu pemulaan untuk mencapai impian hidup . Ye ke ? Fikirlah sendiri kenapa orang kata macam tu . Mungkin apa yang orang tu kata betul . Haa , yela kot kan . Tipu sangatlah kalau ada orang kata dia tak suka berangan . Tipu ! Takkanlah dia tak pernah berangan nak jadi orang yang berjaya ? Nak ada duit banyak . Pergi holiday setiap bulan . Makan macam -macam jenis makanan dan macam - macam la . Aku suka berangan dan aku tak heran pun kalau orang kata aku buang masa je . Hello ! Suka hatila nak buat apa pun kan . Bila kita ada impian kita akan sentiasa berusaha ke arah impian tu kan ? Jadi , tak salahkan kalau aku suka berangan ? Yeahhh ! Waktu zaman kanak - kanak dulu macam - macam benda la aku berangan . Tak payah nak cerita kat sini nanti tak pasal - pasal kantoi je cerita karut aku . HAHA . Semua orang pun ada impian , ada cita - cita . Semua orang nak berjaya dalam hidup dalam macam - macam aspek . Tapi , saya mahu perbetulkan sesuatu yang perlu diperbetulkan supaya kita sentiasa berfikiran positif . Kita perlu POSITIF !

Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan . Tak semestinya kelebihan yang orang tu ada boleh buatkan diri orang tu bangga dengan apa yang ada . Kadang - kadang orang yang ada banyak kelebihan ni dia tak reti nak bersyukur dengan nikmat yang dia ada . Tapi , orang yang tak ada kelebihan ni pula nakkan kelebihan yang orang tu ada . Bila kita ada kelemahan tak bermakna kita ni bukan yang terbaik sebab mungkin kita tak sedar yang kita ni ada kelebihan yang tersendiri . Jangan cepat putus asa sebab kita boleh berusaha . Aku ni pun taklah hebat kan . Tapi , apa pun hidup kita kena sentiasa diingatkan . My life journey is still far . So I need to be ready for all challenges .

Nak kata aku bajet ? Ahaa , silakan . Apa yang dirasa , diluahkan disini . Blog , teman isi hati . Heeh , teruskan dengan berkata - kata supaya hati pasrah terima keputusan SPM . HAHA ;D